Siakap Keli

Trend Kongsi Maklumat Peribadi Dalam Media Sosial, Prof Madya Nasihat Netizen Jangan Terjebak Boleh Undang Bahaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan cara melindungi data peribadi daripada disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan beberapa langkah penuh berintegriti dan selamat.

Objektif ini wajib diberi perhatian penuh kerana platform digital dan komunikasi sekarang ini sering disalahgunakan untuk tujuan penipuan.  Langkah ini setidaknya dapat mengelakkan setiap daripada kita daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Oleh itu, Prof Madya Dr. Nur Izura melalui Facebook miliknya berkongsi sikap segelintir daripada kita yang tanpa sedar sering berkongsi maklumat peribadi di dalam sosial media.  Trend ini dipercayai boleh mengundang bahaya apabila data peribadi dikongsi umum.  Siapa sangka dengan maklumat yang dikongsi, data kita mampu digodam?

via GIPHY

Mari baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.

Nampaknya di Facebook sedang menjadi trend memaparkan “Nama Anak-anak Saya” di mana ramai yang berkongsi senarai nama penuh anak beserta maklumat terperinci anak2, termasuk, umur, tarikh lahir, tempat lahir, dll. Di bawahnya pula ada tertera ayat “Make your own version of this list” yang mengajak/mengundang pembaca memuatnaik maklumat anak masing2 pula.

Ketahuilah, ini sebenarnya satu bentuk social engineering (iaitu satu ancaman siber) utk mendapatkan maklumat peribadi mangsa, iaitu pemilik akaun Facebook tersebut dan juga anak2nya.

Anda takkan terbayang bagaimana maklumat2 ini boleh digunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab, dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan juga keluarga anda.

Oleh itu, wahai ibu bapa, lindungilah data peribadi keluarga dan anak2. Jangan kita terlalu ghairah berkongsi dan terpedaya dengan mesej ajakan atau aplikasi yang cuba memanipulasi pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Eloklah dipadam posting tersebut (walaupun memadam data di media sosial tidak akan menghapus data tersebut secara kekal, kerana ia masih ada di server). Sekurang-kurangnya ia tidak lagi boleh dilihat warga media sosial dan tersebar merata.

Do not overshare.
Lindungi data peribadi.
Lindungi keluarga kita dari penyangak siber.

#PencerdasanUmat
#BerilmuBerbakti

Pesanan ikhlas dari:
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Pakar Keselamatan Maklumat UPM.
Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
14/10/2018

Nur Farra