Siakap Keli

“Ia Pengorbanan Yang Besar,” Bajet 2019, Tun Minta Rakyat Berkorban

Tarikh pembentangan Bajet Malaysia bagi tahun 2019 di bawah kerajaan baru, Pakatan Harapan di jangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada November depan.

Berhubung dengan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir meminta agar rakyat berkorban sedikit untuk bajet sesi ini.

Menurut beliau, kerajaan hari ini tidak seperti kerajaan terdahulu yang mampu memberi BR1M kepada semua orang.

“Kalau rakyat rasa kita boleh tolong, undilah.  Kita tak boleh bagi duit,” kata Tun dalam satu temubual Bicara Minda Sinar Harian Isnin lalu.

“Ia adalah pengorbanan yang besar,” tambahnya lagi.

Tun dalam temubual itu turut menegaskan bahawa rakyat perlu menerima hakikat prestasi kewangan negara tidak membolehkan pemberian wang percuma.

Nur Farra