Siakap Keli

”Kalau Anak Makcik Kahwin Dengan Orang Macam Hampa, Makcik Tak Restu,” Tersentap Kerana Dihina Berniaga Pasar Malam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Terdapat segelintir masyarakat yang masih memandang rendah kepada kerjaya orang lain kerana dirasakan tidak mempunyai masa depan. Stigma negatif atau sikap sebegini harus dibuang kerana setiap rezeki itu bukankah telah ditetapkan oleh Allah.

Seperti seorang lelaki ini yang meluahkan rasa terkilan apabila ditegur oleh seorang pelanggan berpangkat ‘makcik’ yang mempersoalkan kerjayanya sebagai seorang peniaga buah di pasar malam. Bukan sahaja merendahkan dirinya, tetapi pada masa sama makcik tersebut turut mengagungkan kejayaan anak-anaknya yang berjawatan besar di ibu negara.

Mungkin makcik tersebut tidak tahu bahawa peniaga sebegini mungkin nampak lekeh di mata orang tetapi tidak bererti tiada isi di dalam. Jangan jadikan faktor luaran sebagai tiket untuk kita merendahkan orang lain. Ikuti luahan Taufiq seperti di bawah. Sakit hati juga bila membacanya!

Masa berniaga tadi… abam dikejutkan dengan statement sentap dari sorang makcik….

Makcik ” Makcik tengok hampa yg dok niaga ni muka² muda lagi naaa…. macam muka belasan tahun pun ada… awai dua puluhan pun ada….”

Abam ” Macam tu la makcik…. anak² muda nak cari rezeki dengan berniaga…”

Makcik ” Tapi rugi la…. pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar… masuk kolej ka…. universiti ka…. bukan apa…. pasar malam ni bukan ada jaminan apa² pun kat hampa…. EPF SOCSO pun tak dak…. pencen lagi la tak dak….anak makcik 3 orang perempuan … tiga² masuk universiti…. lani tiga² kerja kerajaan…. ada la jaminan hidup…. lega hati… “

Abam ” Alhamdulillah… rezeki masing² makcik…. berniaga pun ok jugak…. pun ada jaminan jugak…. “

Makcik ” Jaminan apa nya…. nak beli apa² pun susah… nak buat loan lagi la susah…. nak habaq kat hg…. anak sulong makcik…. kerja kerajaan 6 tahun dah… lani ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat KL sana… hg tau la harga rumah kat sana ratus² ribu…. bukan senang nak dapat beli… “

Abam ” berniaga ni seronok…. duit hari² depan mata kami…. cukup buat kami puas…. berniaga ni kan sunnah Nabi “

Makcik ” Elehhhhh…. lani cakap pakai mulut boleh la…. kalau anak makcik nak kawin dengan orang macam hampa… makcik tak restu “

Tersentap sungguh laaaa…..

Moral of the story :

1. Berniaga dan ada pelajaran tu satu bonus…. tapi bukan bermaksud boleh perlekehkan orang yg berniaga tanpa pelajaran akedemik…. berniaga jugak satu tempoh pembelajaran….

2. Cukup² lah angkat bakul sendiri…. jadi muak orang dengar… paham kot naa!

3. Orang berniaga ni orang yg mencipta peluang… peluang apa? peluang ekonomi…sama² boleh berkongsi rezeki dengan orang lain

4. Kebanyakkan peniaga² ni jutawan senyap… tak suka nak show off… biar orang nampak selekeh… janji tak selekeh wang ringgit

5. EPF SOCCO? Ya penting… tapi bukan la jadi penanta aras berniaga tu tak daa jaminan… alternatif lain kan ada…

6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ni pun masih ada orang berpandangan macam ni…. berubah lah!

Perjuangan orang berniaga ni berbeza… mungkin nampak ‘lekeh’ di mata sesetengah orang… yg lekeh tak bererti tak berisi di dalam… bila perlu baru tunjuk… tak suka menunjuk-nunjuk…itu saja….. Peace

Sumber : Taufiq Tajuddin

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di