Siakap Keli

Kecewa Kekasih Sudah Berkahwin, Wanita Cuba Bunuh Diri

Angkara kecewa dalam cinta, seorang wanita cuba membunuh diri dengan menelan pelbagai jenis pil sebelum disedari orang awam selepas dia dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah Perodua Myvi.

Menerusi sebuah portal berita tempatan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Kubong, Limbang, Sarawak kira-kira jam 1.30 tenghari semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Sebaik sahaja tiba, polis mendapati wanita terbabit mengunci pintu kereta menyebabkan polis dan bomba terpaksa memujuknya selama beberapa minit.
Semasa diselamatkan, wanita berusia 43 tahun tersebut berada dalam keadaan separuh sedar dipercayai akibat pengaruh ubat yang ditelannya.
Siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak sedemikian kerana kecewa selepas mengetahui teman lelakinya sudah berkahwin.

Hasil pemeriksaan doktor, wanita terbabit mengambil ubat sakit mental dan penahan sakit berdasarkan penemuan paket ubat dari hospital dan klinik swasta.

Wanita terbabit masih menerima rawatan di Hospital Limbang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.