Ternyata perbezaan usia bukan penghalang bagi cinta sejati. Begitulah apa yang berlaku apabila seorang pemuda memilih seorang wanita yang jauh lebih tua sebagai isterinya.
Pernikahan antara Zulhery, 25 dan Nuraisyah, 60, pada 18 Oktober lalu menarik perhatian ramai terutamanya warga daerah Uteun Geulinggang, Kecamatan Dewantara, Kabupaten Aceh Utara kerana perbezaan usia sebanyak 35 tahun.
Malah, foto pernikahan mereka di Pejabat Urusan Agama (KUA), pada 18 Oktober lalu menjadi viral di media sosial, salah satunya dimuat naik oleh @tercyduck.aceh.
Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Zulhery mengakui bahawa dia ingin menikahi Nuraisyah kerana merasa sangat cinta dan sayang dengan wanita yang menjadi pujaan hatinya itu.
Dia juga sempat berpesan kepada netizen agar menikah dengan pasangan masing-masing pada waktu yang tepat.
Sumber : Tribun News