Siakap Keli

Siapa Sangka Bawa Anak Ke Taman Permainan Sebenarnya Boleh Buat Isteri Rasa Bahagia? Lelaki Ini Kongsi Sebab-Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tempat permainan merupakan tempat yang paling digemari oleh anak-anak terutamanya apabila setelah seminggu menghabiskan masa duduk dan hanya bermain di rumah.

Kanak-kanak masa kini dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah dengan bermain gajet atau menonton televisyen berbanding bermain di luar rumah atau kawasan permainan yang ada.

Segelintir ibu bapa jarang membawa anak mereka bermain di luar berikutan kekangan masa, mengelakkan dari perkara yang berbahaya di luar dan sebagainya. Namun, mereka perlu meluangkan masa untuk membawa anak-anak keluar bermain kerana bukan sahaja akan memberi manfaat kepada anak tetapi juga membuatkan para isteri tersenyum bahagia.

Entri kali ini akan berkongsi artikel dari Mohd Fhais tentang tujuh sebab kenapa bawa anak ke kidzoona yang merupakan tempat permainan kanak-kanak boleh buat isteri bahagia.

Siapa sangka rupanya membawa anak-anak keluar bermain memberi manfaat kepada anak dan isteri yang juga pastinya akan membuatkan para suami menjadi bahagia.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Semalam bawa anak-anak ke kidzoona, isteri pun ikut sekali.

Hampir 3-4 jam juga spentkan masa di sana. Tak ada rasa buang masa langsung, malah rasa sangat berbaloi setiap minit di sana kerana bila balik ke rumah terpampang wajah ceria pada anak isteri.

7 sebab kenapa bawa anak ke kidzoona boleh buat isteri bahagia

Gambar Hiasan

#1 – Isteri dapat me-time
Me-time boleh buat isteri kembali bertenaga dan tenangkan fikiran walaupun masa me-time tu 5-10 minit. Masa di sana nanti anak akan sibuk bermain dan kurang berkepit dengan maknya.

Sambil melihat anak bermain tu banyak masa free boleh berbual-bual dengan mak mak yang ada di sana. Bertambah tenang fikiran isteri nanti. Balik rumah muka senyum je.

Gambar Hiasan

#2 – Release Stress
Anak isteri dapat release stress. Kalau di rumah banyak larangan, anak tak dapat nak main sepuas hati. Kalau di sana mereka bebas nak buat apa, nak melompat, berlari, susun puzzle, baling bola semua boleh. Tiada siapa yang akan say “No,Tak boleh”

Isteri pun tak tertekan sebab tak perlu nak kemas mainan bersepah. Permainan yang disediakan pun lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. Dua-dua happy.

#3 – Asah sosial skil anak
Anak dapat asah sosial skil mereka. Di kidzoona nanti akan jumpa ramai kawan kawan, masa ni mereka akan cuba berkomunikasi dan cuba berinteraksi antara satu sama lain secara verbal atau non-verbal.

Lama-kelamaan sosial skil mereka pasti akan meningkat. Mudahlah kita nak berkomunikasi dengan mereka di rumah nanti. Senang anak nak dengar cakap mak ayah.

#4 – Asah motor skil anak
Semua aktiviti yang disediakan dapat mengasah motor skil kasar dan halus anak kita. Dengan melompat di trampolin anak belajar seimbangkan badan dan bina kekuatan lutut. Dengan menyusun puzzle dan lego dapat mengasah daya fokus dan jari jemari anak. Senanglah kerja mak ayah nak mengajar nanti bila motor skill anak dah meningkat.

Gambar hiasan

#5 – Jimat wang beli mainan
Tak perlu nak beli mainan banyak untuk anak. Bawa je main di kidzoona. Alat permainan di sana pun bukan mainan biasa-biasa. Semua permainan yang disediakan ada unsur-unsur pembelajaran, jadi anak bermain sambil belajar. Jimat dan berbaloi.

#6 – Jimat ruang di rumah
Bila dah tak beli anda tak perlu runsing rumah sesak dan semak dengan mainan anak. Lebih banyak ruang untuk anak-anak berlari dan melompat. Isteri nak mengemas pun senang.

Gambar hiasan

#7 – Anak tak meragam
Salah satu punca anak meragam ialah kerana mereka tak disediakan aktiviti-aktiviti yang boleh penuhi keperluan tenaga mereka. Sebab itu mereka mudah meragam bila badan masih bertenaga tapi mak ayah paksa tidur.

Lepas dah bermain, melompat dan berlari di kidzoona pasti malam tu mudah kerja isteri nak uruskan anak. Silap-silap tidur dari petang sampai pagi.

Bila anak dan isteri gembira suami pun jadi tenang tenteram.

P/s : Dapatkan banyak lagi tips rumahtangga dan parenting secara percuma di telegram saya. Join di sini -> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar