Siakap Keli

Tunang Tak Nak Tanggungjawab, Wanita Sanggup Telan Ubat, Masukkan Dalam Kemaluan Untuk Gugurkan Bayi

Seorang wanita berusia 22 tahun membelanjakan wang sejumlah RM600 hanya untuk membeli ubat gugur melalui Facebook bagi menggugurkan kandungannya setelah bekas tunang tidak mahu bertanggungjawab terhadap bayi tersebut.

Wanita itu bertindak menelan 2 biji ubat gugur dengan 8 biji lagi di sumbatkan ke dalam kemaluannya.

Superintendan Suffian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu memberitahu suspek mengalami sakit perut sebaik sahaja mengambil ubat berkenaan.  Beberapa jam selepas itu, dia melahirkan bayi lelaki cukup sifat seberat 304 gram tapi sudah tidak bernyawa lagi.

Suspek kemudian membersihkan bayi dan membalutnya dengan tuala sebelum pergi ke klinik swasta berhampiran untuk memaklumkan mengenai kegugurannya dan mencari maklumat bagi urusan pengebumian bayi.

Walau bagaimanapun, kakitangan klinik tersebut meminta suspek untuk pergi ke balai polis bagi membuat laporan sebelum boleh menyempurnakan pengebumian.

Suspek dengan itu membawa bayinya yang diletakkan dalam bakul motosikal ke Balai Polis Gong Badak bagi melaporkan kejadian tersebut.

Wanita tersebut kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berdepan dengan siasatan dibawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana melakukan dengan niat sehingga menyebabkan kematian selepas dilahirkan.

Kesalahan itu membuatkan wanita terbabit berhadapan dengan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Nur Farra