Siakap Keli

(Video) Seronok Sangat Berparti, Lantai Runtuh ‘Telan’ Semua

Sekumpulan peserta parti yang sedang asyik menari jatuh daripada ketinggian beberapa kaki apabila lantai bangunan sebuah apartmen runtuh sewaktu pesta yang diadakan dekat Universiti Clemson di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Difahamkan, sebahagian besar kawasan lantai runtuh pada awal pagi Ahad lalu ketika mereka semua sedang berpesta dengan menari di kompleks pangsapuri Woodlands of Clemson yang disewa untuk mengadakan parti persendirian.

Rakaman mengejutkan daripada parti itu menunjukkan orang ramai melompat ketika mereka menari dan pada masa sama lantai itu turut runtuh. Mereka semua dilihat jatuh dari tingkat pertama ke ruang bawah tanah.

Dalam rakaman tersebut dapat didengari mangsa-mangsa menjerit ketika cuba memanjat keluar daripada timbunan ramai orang yang cedera di bawah.

Menurut pihak berkuasa, 30 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Raven Guerra, 20, yang berada di parti itu memberitahu GMA: “Pada ketika saya meletakkan satu kaki keluar dari pintu, saya merasakan sesuatu yang pelik dan ketika itulah semua orang jatuh dan lelaki di belakang saya hilang.

“Bila saya melihat ke belakang, terdapat sekumpulan orang yang sebelum ini berada di tingkat dua, benar-benar berada di ruang bawah tanah dengan ramai yang menangis. Sukar untuk menerima apa yang berlaku,” katanya.

Jabatan Polis Clemson berkata, tiada siapa yang terperangkap dalam insiden itu dan kecederaan yang berlaku tidak mengancam nyawa.

Sumber : Daily Mail

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.