Siakap Keli
Gambar Hiasan - Bernama

Anggota Polis Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

Seorang lans koperal polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di perumahan anggota polis di Ipoh, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata mayat mangsa yang berusia 29 tahun ditemui di bahagian belakang kuarters Balai Polis Pekan Baharu kira-kira pukul 6.15 pagi.

Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek, katanya.

“Punca sebenar kematian belum diketahui, kita masih menyiasat. Terdapat satu kesan tembakan yang menembusi kiri kanan kepala mangsa,” katanya ketika ditemui sumber di lokasi.

Razarudin berkata senjata api yang ditemui bersama mayat dipercayai milik anggota berkenaan yang baru dua hari bertugas di Balai Polis Pekan Baharu.

“Anggota masih bujang dan sebelum ini merupakan anggota pasukan bertindak khas D7 (Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap),” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.