Siakap Keli

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah, Majlis Perbandaran Kuantan Beri Amaran

Majlis Perbandaran Kuantan meminta seluruh warga negeri tersebut menjelaskan kompaun letak kereta tertunggak jika tak nak di heret ke Mahkamah.

Yang Dipertua, Datuk Fadzilla Salleh memberitahu bahawa pihak majlis dalam usaha mengenal pasti pesalah serta kompaun-kompaun lama yang masih belum dibuat pembayaran.

Sebelum dibawa ke Mahkamah, menurutnya pihak majlis akan melaksanakan perintah waran terlebih dahulu terhadap pesalah yang telah disenaraikan.

Jika tidak hadir ke Mahakamah atau gagal melunaskan bayaran tertunggak, pesalah akan ditahan polis dan tindakan diambil di bawah peruntukkan Perintah Pengangkutan Jalan (tempat letak kereta) MPK 2005.

Nur Farra