Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bila Harga Rumah Nak Turun?, Ini 8 Isu Boleh Buat Harga Rumah Jatuh Yang Perlu Anda Perhatikan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang pasti bermimpi untuk memiliki rumah sendiri. Impian ini sudah ditanam setidak-tidaknya apabila mula mendapatkan pekerjaan pertama yang tetap. Dalam otak dah start fikir untuk kumpul wang deposit, yelah makin lama tunggu nak beli rumah, harga makin naik.

Sedangkan kuasa membeli semakin hari semakin mengecil. Bila melihat papan tanda didirikan untuk mengiklankan sesuatu projek perumahan, boleh pengsan tengok harga rumah. Tertunggu-tunggu bilalah harga rumah nak turun.

Nah, ini jawapannya. Harga rumah sebenarnya boleh turun dan apa yang perlu anda perhatikan adalah lapan perkara dibawah dalam pasaran hartanah seperti yang digariskan oleh Hartabumi.com dibawah. Semoga bermanfaat.

Harga rumah boleh jatuh sekiranya berlaku salah satu daripada lapan isu ini.

Rajin kan diri anda untuk selidik hartanah yang bakal mengalami kejatuhan!

Khusus di negeri Pantai Timur, apabila sesebuah kawasan perumahan berisiko dilanda bah, harga rumah akan jatuh berbanding kawasan lain.

Dalam kes ini, kita boleh lihat contoh terbaik ialah di negeri Perak di mana harga rumah adalah rendah berbanding Lembah Klang, Penang dan Seremban.

Jangan terkejut jika anda boleh dapatkan rumah teres dua tingkat pada harga bawah RM200,000 di sini.

Bila terlalu banyak penawaran rumah jenis SoHo dalam sesebuah kawasan contohnya di Damansara Perdana dan Mutiara Damansara, harga SoHo akan jatuh.

Sedangkan apa yang anda nak sebenarnya ialah rumah landed. Kan?

Hal ini anda kena kaji sejarah kawasan dan juga sejarah projek tersebut.

Bila harga projek tersebut jatuh, pasti ada sebab – sebab tertentu yang perlu anda seldiik dan fahami terlebih dahulu.

Rumah di Bandar Seri Putra jatuh harga kerana kurang sekolah di kawasan tersebut.

Satu hal pula parents kena hantar anak – anak bersekolah di Bangi dan kawasan selain Bandar Seri Putra.

Kes ini banyak terjadi di kawasan yang dahulunya menjadi tarikan pelancong dan port percutian.

Contoh terdekat ialah Pantai Balok dan Cherating.

Rasanya, ini tak perlu nak hurai lebih panjang. Siapa sahaja yang suka tinggal bersama ‘penghuni’ lain yang tidak membayar sewa kan?

Di Malaysia, rumah high rise memang banyak isu Master title dan Strata title.

Nasihat kami, selidik jenis geran hartanah dan selidik adakah JMB mereka menguruskan strata dengan baik atau tidak.

Sumber : Hartabumi.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.