Siakap Keli

Jawi Rekod Lebih 500 Kes Nikah Tanpa Kebenaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merekodkan lebih 500 kes pernikahan tanpa kebenaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak Oktober 2017 sehingga 5 Okt lepas.

Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Mereka melalui proses pernikahan yang menyalahi prosedur undang-undang syariah, dengan kebanyakan bernikah di Thailand, dan ada juga di Indonesia, tetapi bukan melalui pihak yang disahkan kerajaan negara berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Simposium Keluarga Bahagia “Cinta Hakiki” yang dirasmikan Timbalan Pengarah (Operasi) JAWi Yusof Mamat. Simposium sehari itu disertai 600 peserta yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

“Kalau ikut perundangan syariah negara kita, urusan pernikahan perlu melalui prosedur 4P (Proses, Pengesahan, Pendaftaran dan Perkahwinan), jadi bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mereka yang terlibat perlu mendaftar semula pernikahan di pejabat agama negeri untuk direkod seterusnya ke Mahkamah Syariah untuk disahkan,” katanya.

Menurut Muhammad Abdul Nasir, pernikahan tanpa kebenaran adalah tidak sah menurut undang-undang kerana tidak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara ini.

“Masalah yang timbul daripada pernikahan tanpa kebenaran ialah apabila ia melibatkan urusan perceraian atau tuntutan nafkah anak.

Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk selesaikannya kerana pernikahan itu tidak didaftarkan, tetapi jangan risau kerana mereka yang terlibat masih boleh mendapatkan bantuan pejabat agama Islam negeri masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, simposium ini adalah untuk menyalurkan maklumat dan membuka mata peserta mengenai isu-isu kekeluargaan berpandukan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) kerana ramai yang kurang jelas kewujudan dan bidang kuasa undang-undang syariah ini.

Tambahnya, orang ramai yang memerlukan konsultasi dan nasihat tentang hal ehwal kekeluargaan Islam, boleh merujuk Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPPK JAWI) di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di