Siakap Keli

”Kenapa Tak Beri Lesen Kasino, Pusat Hiburan Dan Jual Alkohol Kepada Bumiputera” – Datuk Zahid Ibrahim

Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim melalui penulisan di blognya mencadangkan agar kerajaan membenarkan usahawan-usahawan Bumiputera memiliki lesen pusat judi dan penjualan alkohol lalu dalam terlibat dalam sektor berkenaan supaya golongan ini dapat bersaing dengan kaum lain dalam sektor ekonomi.

Dakwanya lagi, salah satu punca Bumiputera ketinggalan adalah disebabkan polisi dikriminasi yang dilaksanakan kerajaan yang pada masa yang sama turut berjanji untuk memajukan orang Melayu.

”Ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk meluaskan skop perniagaan untuk semua rakyat,” ujar beliau yang mendakwa bahawa kaum lain boleh melakukannya banyak perkara, dan orang Melayu adalah sebaliknya.

”Kenapa tidak keluarkan lesen kepada Bumiputera untuk membuka kasino, terlibat dalam pelbagai aktiviti perjudian, pusat hiburan dan penjualan alkohol?

”Jika satu bahagian besar ekonomi termasuklah perniagaan ‘tidak-halal’ yang bernilai multibilion dan orang Melayu dihalang terlibat, bagaimana Melayu-Muslim mampu bersaing dengan kaum lain?,” soalnya.

Ujarnya lagi, kaum lain yang tidak mempunyai halangan untuk terlibat dalam perniagaan ini mencipta kekayaan sebelum melabur wang berkenaan dalam sektor hartanah pula.

Oleh itu katanya, orang Melayu wajar diberi peluang sama rata untuk terlibat suapaya mampu mencari kekayaan dan turut terlibat dalam sektor hartanah seperti kaum-kaum lain.

”Aktiviti-aktiviti ini memang berdosa, sudah tentu, tetapi sejak bila kerajaan diberi mandat dibawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada membuat dosa?

”Artikel 153 tidak berkata bahawa orang Melayu perlu bebas daripada dosa,” katanya lagi.

Katanya, tugas kerajaan adalah untuk memastikan semua rakyatnya menikmati kekayaan dan kemakmuran negara.

”Bukan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan orang Melayu masuk syurga.

”Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tetapi kita tidak perlu menguruskan negara dengan mengambil kira perasaan mereka semata-mata.

”Kenapa tidak ada kasino yang diuruskan oleh Melayu di Labuan dan Langkawi? Tidak masuk akal apabila membenarkan sebuah kasino bertaraf dunia beroperasi di Genting dan pasa masa yang sama menganggap ianya ‘kurang berdosa’ tetapi tidak membenarkan kasino lebih kecil beroperasi di tempat lain.

”Orang Melayu yang tidak berasa ‘tersinggung” dengan aktiviti ini perlu diberi lesen untuk terlibat dalam pernigaan ini,” katanya.

Sumber : Blog Datuk Zaid Ibrahim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.