Siakap Keli
Gambar : Daily Star

Ngeri, Suami Isteri Kanibal, Bunuh 20 Wanita, Potong Kaki Jadikan Hidangan Stik Untuk Santapan

Ngeri. Sepasang suami isteri layak digelar ‘pasangan kanibal’ apabila mereka telah didakwa membunuh dan ‘memakan’ sehingga 20 wanita.

Juan Carlos dan isterinya, Patricia masing-masing telah mengaku secara berasingan terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.

Lelaki itu dikatakan mempunyai perasaan benci yang melampau terhadap kaum wanita, malah mengaku mendera mereka secara seksual dan dijadikan makanan anjing peliharaannya.

“Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya,” ujar Juan sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Juan turut memberitahu penyiasat bahawa dia dulu pernah dipaksa menonton aksi seks ibunya bersama beberapa lelaki dan disuruh memakai pakaian wanita.

Penyeksaan itu dikatakan menjadi antara penyebab kenapa dia begitu membenci wanita sehingga sanggup membunuh mereka. Malah, isterinya, Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.

Namun, pakar psikiatri mendakwa, ujian yang dilakukan mendedahkan pasangan itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah.

Juan turut memberitahu pakar psikiatri bahawa dia menjangka tidak akan dibebaskan dari penjara, tetapi sekiranya perkara itu berlaku dia akan berterusan membunuh wanita.

Sementara itu, Ketua Polis Mexico, Alejandro Gomez menyifatkan pembunuhan bersiri yang dilakukan pasangan itu sebagai sesuatu yang mengerikan pernah dihadapi oleh mereka.

Dalam satu pendedahan berlainan, Patricia juga mendedahkan bahawa suaminya pernah memotong kaki mangsa, di mana dia telah memasaknya untuk dijadikan sebagai hidangan stik yang dimakan oleh mereka berdua.

Sumber : Daily Star

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di