Siakap Keli

Pelajar Skor A Dalam Peperiksaan Selepas Lawak Ringkasnya Buat Guru Ini Ketawa

Seorang guru di Amerika Syarikat tidak dapat menahan dirinya daripada berkongsi kejadian lucu ketika menanda kertas peperiksaan pelajar Gred Tujuh, berusia 12 tahun yang diajarnya.

Evelyn Lizette berkongsi gambar jawapan yang ditulis oleh pelajarnya itu ke laman Twitter pada 15 Oktober lalu.

Berdasarkan gambar soalan berkenaan, pelajarnya diminta menjawab satu soalan yang berbunyi ”Tell me a joke” dengan markah yang diperuntukkan adalah 1 markah.

Bagaimanapun, salah seorang daripada pelajarnyamemberi satu jawapan ringkas yang dirasakan sangat lucu oleh Evelyn. Pelajar berkenaan menjawab ”Our president”. Amerika Syarikat ketika ini dipimpin oleh Presiden Donald Trump.

Perkongsian yang dibuat oleh Evelyn itu sehingga kini sudahpun diretweet lebih 6000 kali dan menerima lebih daripada 24 ribu like.

Netizen juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen dan berkongsi rasa lucu pada tweet berkenaan.

”Saya melihat ini di fb dan membuat semakkan dengan kamu di sini, takut ia cuma rekaan. Terima kasih kerana berkongsi jawapan pelajar kamu dan membuat kami ketawa. Teruskan tugas kamu sebagai pendidik,” kata Angel Velazquez.

”Berapa usia pelajar ini? Jelas sekali, mereka sudah faham bagaimana mahu menjadi sarkastik,” kata Kim Soule pula.

Evelyn turut mendedahkan pelajar berkenaan memperoleh skor A dalam peperiksaan berkenaan.

Sumber : Twitter Evelyn Lizette

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.