Siakap Keli

Tiga Sekeluarga Temui Ajal Kerana Selalu Herdik Lelaki ‘Gajah Gemuk’

Seorang lelaki di Indonesi di tahan pihak berkuasa selepas didakwa membunuh tiga sekeluarga yang mengherdiknya sebagai ‘gajah gemuk’.

Agus Hariadi yang berasal daripada Sumatera Utara didakwa mencampak dua orang jiran termasuk anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun ke dalam sungai berdekatan dengan rumah mereka 8 Oktober lalu.

Pihak berkuasa berjaya menahan Hariadi Isnin lalu bersama-sama tiga orang lagi suspek yang dipercayai bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Keempat-empat mereka didakwa membunuh Muhajir, 49, Suniati, 50, dan M. Solihin.

”Motifnya adalah sakit hati, sebab suspek sering diejek. Suspek merasa berang kerana mang-mangsa sering mempersendakan bentuk badannya,” kata Ketua Polis Sumatera Utara, Jeneral Agus Andriyanto.

”Mangsa sering mengejeknya ”Oh kumpulan gajah sudah datang” disebabkan suspek mempunyai saiz badan yang besar,” katanya lagi.

Siasatan polis mendapati bahawa Hariadi dan rakan subahatnya sudah merancang jenayah berkenaan dua hari lebih awal. Ujarnya lagi, kesemua suspek berkunjung ke rumah mangsa sebelum kejadian dan berpura-pura untuk meminjam wang daripada mangsa.

Hariadi

Sebaik sahaja mangsa menjemput suspek masuk kerumahnya, Hariadi kemudia telah memukul kepala Muhajir dengan menggunakan batu.

Selepas itu, Hariadi dengan bantuan rakan subahatnya kemudian bertindak mengikat Muhajir, isteri dan anaknya sebelum membawa mereka ke sebuah sungai berdekatan dan membuang mangsa-mangsa ke dalam sungai tersebut.

Polis percaya, ketika dibuang, Muhajir sudahpun meninggal dunia manakala isteri dan anaknya masih hidup. Mayat kesemua mangsa berjaya ditemui di dalam sungai. Polis juga merampas beberapa bahan bukti termasuk telefon bimbit dan kereta sewa yang digunakan dalam jenayah terbabit.

Muhajir dan isterinya

Keempat-empat suspek didakwa atas kesalahan bunuh dengan niat dan boleh dihukum dengan hukuman mati.

Sumber : Dailymail 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.