Siakap Keli

“Saya Ditinggalkan Dengan 1 Botol Susu, 5 Helai Lampin, Umur 12 Tahun Dah Dekat Lorong,” Dakwah Ustaz Ebit Buat Netizen Sebak

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew terkenal dengan mengambil pendekatan khusus kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).  Gerakannya mendapat sokongan golongan tersebut dan pujian daripada netizen.

Ustaz Ebit dilihat bergerak secara agresif dalam mendalami kehidupan golongan ini sekaligus merasai jatuh bangun kehidupan mereka.

Terbaru, beliau berkongsi satu video yang mengumpulkan komuniti ini di dalam satu majlis tertutup.  Walau bagaimanapun, video tersebut mengundang rasa sebak netizen kerana rata-rata terkesan dengan perkongsian yang diceritakan salah seorang daripada mereka.

“Sebenarnya saya dah hidup selama 26 tahun, tak ada siapa-siapa pun yang tahu.  Saya memang betul-betul rindukan mak saya walaupun saya tak pernah jumpa dia.”

“Mak ayah saya tak pernah jumpa walaupun sekali.  Sebelum ni memang tak pernah rasa rindu, tapi bila dah solat 5 waktu, saya selalu rindu.  Tiba-tiba rasa macam diaorang wujud, walau saya tak pernah jumpa.”

“Mak ayah saya tinggalkan saya dengan 1 botol susu, 5 helai kain lampin, dengan surat beranak dia, saya ada simpan lagi surat beranak dia.  Cuma saya belum ada kekuatan lagi nak pergi cari dia sampai ke hari ni.”

“Saya tempuh hidup sorang-sorang daripada kecil sampai ke besar.  Umur 12 tahun saya dah ada dekat lorong.  Sampai satu tahap, memang saya dah takde air mata lagi nak nangis.”

“Saya tak tau nak salahkan siapa.  Tadi saya nampak bila ustaz tanya siapa ada mak, semua angkat tangan, tap saya sorang tak angkat tangan.”

Rintihan itu membuatkan semua yang ada di situ sebak, dan tidak ketinggalan netizen yang melihat video tersebut. 

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di