Siakap Keli

2 Hari Terkunci Dalam Kereta, Kanak-Kanak 3 Tahun Maut

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di tempat letak kereta kenderaan di Pangsapuri Pluit Seaview setelah dipercayai terkunci dari dalam selama hampir 2 hari.

Mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang kereta semasa pemilik kenderaan terbabit mahu meletakkan beg miliknya.  Terkejut dengan susuk tubuh anak kecil itu, Afandi, pemilik kenderaan segera menghubungi pihak berkuasa.

Menurut laporan, orang yang terakhir menggunakan kereta itu adalah abang iparnya.

“Kanak-kanak itu tewas kerana kepanasan dan kehabisan oksigen.  Dia masuk sendiri ke dalam kereta, kereta dikunci dan dia tidak boleh keluar.  Dia mungkin sedang bermain-main membuka pintu kereta, bila sudah berada di dalam tiba-tiba pintu ditutup secara automatik.”

Mustakim, anggota polis bertugas memberitahu bahawa mangsa bukan daripada ahli keluarga pemilik kenderaan terbabit yang hanya meletakkan kereta di kawasan pangsapuri berkenaan.

“Tidak ada hubungan dengan pemilik kereta kerana pemiliknya hanya parking sahaja di tanah kosong milik pangsapuri itu. Berdasarkan pengakuan saksi, orang yang terakhir guna kereta itu ialah abang iparnya, Ruslan.  Ruslan serahkan kunci kereta tersebut pada 19 Oktober jam 1 petang.”

Walau bagaimanpun, mayat ditemui pada 20 Oktober, keesokkannya dengan keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber: Megapolitan

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di