Siakap Keli

Besarkan 3 Anak Di Kota Perancis Dengan Budaya Islam, Susah Tapi Keluarga Ini Buktikan Bukan Mustahil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membesarkan anak di bumi asing yang jauh dengan adat dan budaya yang dijunjung bukan mudah. Tambahan lagi di negara barat, faktor agama dan cara hidup yang ketara berbeza menyukarkan keadaan. Jika tersilap percaturan, hilanglah jati diri sebagai muslim.

Tetapi bagi keluarga ini, mereka membuktikan sebaliknya, apabila berjaya membina keluarga dan membesarkan anak-anak penuh dengan nilai islam dan kemelayuan jauh di kota Perancis kerana tuntuan kerja. Jika kuat jati diri yang dipegang, segalanya bukan mustahil.

Ketika dihubungi Siakap Keli, Abuzar berkata, kesemua anak-anaknya dilahirkan di Perancis kerana setelah berkahwin pada tahun 2013, isteri mengikutnya mencari rezeki di sana.

Comel lihat gelagat tiga beradik ini, tambah lagi bila ikut ayah ke masjid di waktu pagi. Moga terus membesar menjadi anak yang soleh ya! Ikuti perkongsian bapa hebat ini seperti dikutip dari laman facebooknya.

Video ini mengisahkan sebuah keluarga yang tinggalnya jauh di hujung Perancis, tidak jauh dari sempadan Switzerland.

Sebuah bandar bernama Besançon, letaknya juga di benua Eropah. Perjalanan seorang bapa yang indah rupa paras nya dalam menguruskan 3 orang anak kecilnya tanpa isteri disisi.

Keluarga yang cukup sederhana, merantau melihat alam, mencuba nasib di negeri orang, yang pasti rezeki itu tidak salah alamat.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Mohon doa dari kalian agar keluarga kecil comel ini bahagia dan berjaya dunia akhirat.

 

Sebuah cerita yang cukup menyentuh perasaan saya kira. Bermula dari menyediakan sarapan, mengemas rumah, memandikan dan menyiapkan anak2 sehinggalah membawa anak berjalan2 dengan aktiviti luar.

Video2 lain jugak telah di muatnaik di post2 lain, kalau nak tengok, bole la ‘usha2’ post sebelum ni haha. Semua scene dibuat secara ringkas dan laju supaya tidak membuang data internet kalian haha.

Dan kisah ini merupakan adaptasi dari sebuah perjalanan seorang isteri dan 3 orang anaknya. *tatkala di tinggalkan oleh suaminya bersendirian bersama anak2 seperti cerita ‘Pulang’ hehe

“Sungguh pekerjaan seorang isteri dan ibu itu jauh lebih hebat , mencabar dan mulia dari segala kerja yang ada di dunia yang fana’ ini”- Abuzar Elfaransee

Kisah ini tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau pon yang telah meninggal dunia. Didedikasikan buat isteri Aishah Ismail, sebagai sebuah kenangan terindah ! hehehe

Moga semua golongan isteri dan ibu diluar sana dirahmati dan ditinggikan darjat mereka di akhirat kelak, khusus kepada ummi ku Salbiah Salleh, arwah mak dan isteriku.

Bila Diajak ke Masjid Waktu Subuh

Bila bersama anak2, suka pulak aku merakam dan merekod segala aktiviti kami ! Dan kami kongsikan bersama semua, terutama keluarga di Malaysia, khusus atok dan nenek anak2 aku ni haha.

Parents aku memang yakin cara aku jaga anak2 ni, matang seperti seakan2 mempunyai 30 tahun pengalaman alam berumah tangga. kikiki *ni aku melebih.

Syukur anak2 suka bila diajak untuk ke masjid, kadang bukan sebab mereka ini islamik atau keluarga kami islamik, tapi kerana mereka suka aktiviti luar ! ajak ke masjid seakan2 mengajar keluar berjalan ke playground, tentu sekali mereka seronok hehe.

Ape yang best nye,lebih mencabarnya dan uniknya adalah, waktu ni ke masjid untuk solat subuh, muawwidz masih tido, waled ajak, “nak ikot waled pergi mosquée tak ?”, dalam keadaan mata maish tertutup, muawwidz jawab “Nak!” hahaha, terus bangun siap2 nak ikot adududu, adik2 yang lain begitu jugak hehe.

Sampai ke masjid, sorang ikut waled solat, sorang naik mimbar masjid jadi khatib, sorang jalan2 macam tengok site construction, hai anak waled oi ! hahaha. Yang bagus, dengar cakap waled, waled kata jangan bising2, semua dengar dan taat ! hehe

Moga nanti, kalian membesar dengan suasana yang hebat untuk menjadi orang hebat ! *seperti waled :p haha, dan menerajui ElFaransee dengan lebih hebat haha. Aku doakan kita semua , aku dan sahabat2 semua dikurniakan anak yang baik2, penyejuk di mata, penenang di hati Ameennn. insyaAllah.

Kita lah yang mencorak kan mereka mengikut acuan masing2 hehe. Doakan aku dan isteri Aishah Ismail dipermudahkan segalanya di bandar Besançon, Perancis ini.

Sumber : Abuzar Elfaransee

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.