Siakap Keli
Gambar : GMA Network

Ditikam 17 Kali, Wanita Sempat Tulis Nama Angkara Siapa Guna Darah Sendiri Sebelum Mati

Satu kes pembunuhan misteri berlaku dan ternyata menggemparkan ramai apabila seorang peniaga berusia 54 tahun ditemui mati di rumahnya di Villasis, Pangasinan, Filipina minggu lepas.

Polis difahamkan masih menyiasat jenayah itu tetapi tidak seperti kebanyakan kes, satu laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa mangsa itu sendiri telah meninggalkan satu petunjuk bagi pihak berkuasa.

Mangsa, seorang wanita, Remedios Maer, ditikam sebanyak 17 kali dan ditemui mati di rumahnya pada Khamis, lapor ‘State of the Nation’, GMA News.

Tulisan ‘Keyung’ ditemui di lokasi kejadian berlaku di mana pihak berkuasa percaya ia ditulis dengan darah mangsa, menurut stesen radio DWIZ.

DWIZ juga melaporkan bahawa Maer bersendirian di rumahnya ketika kejadian tersebut.

Laporan awal oleh Philippine Daily Inquirer menyatakan ketidakpastian tentang perkataan itu yang merujuk kepada siapa, tetapi menurut GMA News, polis mendapati bahawa ‘Keyung’ adalah nama bekas kontraktor Maer yang sebelum ini mempunyai konflik dengannya.

Pihak berkuasa juga mendapati Keyung pernah mengugut untuk mencederakan Maer.

“Namanya yang ditulis itu adalah bukti penting. Kami juga mengumpulkan bukti lain dan mendapati kedua-dua mereka berada dalam konflik dan suspek juga pernah mengancam mangsa,” Ketua Inspektor Polis Negara, Fernando Fernandez memberitahu GMA News.

Pelbagai laporan menyatakan bahawa anak lelaki mangsa, Kevin Kyle Maer gagal menghubungi ibunya sepanjang hari, oleh itu dia meminta rakan-rakannya pergi ke rumahnya yang membawa kepada penemuan mayat wanita itu.

Polis masih mencari Keyung dan percaya jenayah itu mungkin merupakan kes rompakan kerana dua beg mangsa dan sejumlah wang telah hilang.

Sumber : Yahoo Philippines

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.