Siakap Keli

Mangsa Gempa-Tsunami Palu Dakwa Diganggu Suara Aneh ‘Hantu Pokpok’

Korban gempa dan tsunami Palu mengakui dihantui suara aneh dari dalam hutan berdekatan kem perlindungan mereka setiap hari pada waktu malam.

Mereka mempercayai ia adalah suara daripada ‘hantu pokpok’ yang paling ditakuti warga Palu berada di pinggiran kampung berkenaan.

Hantu ini dipercayai boleh terbang dan sukakan bayi baru lahir atau orang yang sedang sakit.

“Suara ribut bersahutan terdengar sehingga di khemah tempat saya duduk,” kata salah seorang mangsa gempa.

Aan Irawan berkongsi pengalamannya ‘diusik’ menerusi laman Facebook miliknya dan mendapat respon daripada ramai netizen.

“Anak-anak kecil tidak tenang dan terganggu tidurnya, mereka menangis terus.”

Irawan mengaku sudah berusaha mengelakkan suara hantu itu dengan menggosokkan bawang merah di telapak kaki anak-anak itu namun usaha itu tidak berhasil.

Walau bagaimanpun, rata-rata netizen menyarankan agar Irawan dan penduduk untuk membaca ayat suci Al-quran serta beberapa kaedah lain seperti tabur garam dan menggunakan buluh kuning.

Dalam pada itu, Ketua Badan Pencegahan Bencana Daerah Kota Palu, Gayus Pakan memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang laporan berkaitan suara aneh itu.

“Kami belum dapat memastikan adakah gangguan suara itu ada kaitan dengan ahli sindiket pemerdagangan manusia atau sekadar usikan untuk menganggu keamanan penduduk.”

Sumber: Surabaya Tribunnews

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di