Siakap Keli

Menyayat Hati, Nenek Peluk Cucu 5 Tahun Bawa Masuk Ke Rumah Selepas Digilis Van Sekolah

Tragedi mengayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas digilis van sekolah yang dinaikinya di Taman Tun Aminah, Johor Bahru, tengah hari semalam.

Menerusi satu portal media tempatan, Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa, Janiss Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van di rumah neneknya kira-kira jam 12 tengahari.

Katanya, kemalangan berlaku apabila van dipandu seorang perempuan itu melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van terbabit untuk ke rumah neneknya.

Sejurus selepas kejadian, pemandu van yang berusia 48 tahun membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), kerana kecederaan parah yang dialaminya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di hospital tersebut. Semasa kejadian, van itu turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu itu kemudiannya ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, tular satu rakaman video di media sosial berdurasi 1 minit dan 37 saat yang menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar van berkenaan ketika cuba melintas jalan.

Kelihatan dari awal kanak-kanak terbabit turun dari van sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis.

Pemandu van yang panik bergegas memanggil keluarga mangsa, sebelum masuk semula ke dalam van bgai mengalihkan kenderaan ke belakang.

Lebih memilukan, seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu berlari keluar dari rumah memeluk cucunya dan membawa masuk mangsa ke dalam rumah mereka.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.