Siakap Keli

Nilai Rumah Tidak Terjual Cecah RM22.5 Bilion – Zuraida

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merekodkan rumah-rumah yang tidak terjual di seluruh negara bernilai RM22.5 bilion.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata 73 peratus daripada rumah yang tidak terjual itu merupakan kategori rumah mampu milik yang bernilai RM250,000 ke bawah.

“Kerajaan telah duduk (berbincang) dengan Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan pihak pemaju untuk menganjurkan satu ekspo pemilikan rumah seperti yang dilaksanakan pada 1998 hingga 1999 bagi menjual rumah-rumah yang tidak terjual tersebut,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai langkah kementerian untuk mengatasi masalah lambakan unit rumah yang tidak dapat dijual berikutan kegagalan para pembeli mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank dan institusi kewangan.

Zuraida berkata kementerian juga telah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia untuk membantu menyediakan skim-skim pembiayaan rumah yang membolehkan syarat kelulusan pinjaman rumah dilonggarkan.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di