Siakap Keli

Obama, Hillary Clinton, Pejabat CNN Terima Bungkusan Bom Menjelang Pilihan Raya AS

Bungkusan misteri dipercayai bom telah dihantar kepada 2 orang ahli politik berpengaruh iaitu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan bekas calon Presiden, Hillary Clinton serta agensi media terkenal, CNN.

FBI berkata pakej yang mencurigakan itu ditemui di kediaman Pasangan Pertama di Westchester County di pinggir bandar New York City, pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) yang dialamatkan kepada Hillary Clinton.

Kediaman Clinton

Pakej yang sama turut dihantar pada masa yang sama Clinton menerimanya di pejabat Barack Obama di Washington.  Selepas daripada kedua-dua kejadian itu, pihak berkuasa menerima laporan bahawa bungkusan sama telah dihantar ke pejabat agensi berita CNN di New York.

Siasatan terkini mendapati bungkusan tersebut adalah sebuah bom jenis paip.

Bom Paip Yang Ditemui

“Ia bom ringkas tapi masih berfungsi,” kata salah seorang penyiasat.

Sementara itu White House mengutuk serangan bom tersebut dalam satu kenyataan daripada Setiausaha Akhbar, SArah Sanders, “Kami mengutuk percubaan serangan ganas yang dibuat baru-baru ini terhadap Presiden Obama, Presiden Clinton, Setiausaha Clinton, dan tokoh masyarakat lain.

“Tindakan pengganasan ini adalah keji, dan sesiapa yang bertanggungjawab akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada undang-undang.

“Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain sedang menyiasat dan akan mengambil semua tindakan yang sesuai untuk melindungi orang yang diancam oleh pengecut ini.”

Sumber: Express UK

Nur Farra