Siakap Keli
Gambar : Daily Star

Saintis Berjaya Klon 200 Jenis Anjing, Dalam Kajian Untuk Klon Manusia

Mungkin perkara ini tidak terfikir oleh jangkauan kita untuk menklon manusia iaitu satu proses salinan asal yang sama seperti hidupan asal.

Menurut satu laporan, pada bulan lepas, penyelidik di Jepun sedang giat melakukan ujian pengklonan manusia.

Pakar yang terlibat dalam ujian mendedahkan, mereka mencipta sel telur manusia menggunakan darah.

Gambar : Daily Star

Jika perkara itu berjaya pada masa hadapan, teknik ini mampu membantu pasangan mandul memperoleh zuriat. Malah, ia juga dikatakan akan membantu pasangan sejenis mendapatkan anak dari DNA yang sama dari kedua-dua pasangan sejenis.

Difahamkan, sebelum itu penyelidik negara itu juga sudah menghasilkan 200 ekor anjing klon yang merangkumi 20 baka berbeza, lapor sebuah portal berita di China.

Gambar : Daily Star

Terbaharu, seekor anjing berusia 12 tahun turut menjalani ujian klon di mana sampel kulit haiwan itu diambil sebelum ia melalui beberapa proses.

Wang Yingqing, pemilik aning berkenaan, turut mempunyai seekor lagi anjing klon yang dinamakan sebagai Doudou.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.