Siakap Keli
Gambar : CNN

Tutup 6 Bulan, Pulau Boracay Dibuka Semula Esok Kepada Pelancong

Susulan penutupan Pulau Boracay enam bulan lalu kerana kerosakan akibat kehadiran pelancong yang tidak terkawal, Filipina menerusi satu kenyataan mengumumkan akan membuka semula pusat peranginan terkenal itu kepada pelancong Jumaat ini.

Namun, setelah dibuka difahamkan hanya segelintir sahaja hotel dan restoran dibenarkan beroperasi di situ.

Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih ketat akan dijalankan termasuk mengehadkan kedatangan pelancong dalam usaha memulihkan semula reputasi pulau itu.

Langkah tersebut diambil bagi melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang menjadi antara faktor menarik kedatangan jutaan pelancong bagi mengunjungi pulau itu setiap tahun.

April lalu, Presiden Rodrigo Duterte secara rasmi mengarahkan penutupan pulau yang dilabel ‘loji kumbahan’ dan penuh sampah bagi proses baik pulih fasiliti.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.