Siakap Keli

(Video) Belasan Pelajar terlibat Dalam Pergaduhan Guna Parang Di Afrika Selatan

Satu keganasan pelajar meletus di sebuah sekolah di Arika Selatan apabila rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar bertempur menggunakan parang.

Dalam rakaman yang tersebar tersebut, pelajar-pelajar ini dilihat saling melibas parang ke arah satu sama lain dan pada masa yang sama kedengaran suara jeritan pelajar lain ketika melarikan diri.

Pertempuran terbabit dipercayai melibatkan pelajar-pelajar daripada sekolah yang sama di wilayah Limpopo, kawasan terletak di utara Afrika Selatan.

Namun tidak dapat dipastikan punca kepada pergaduhan ngeri tersebut dimana senjata yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan parah kepada pihak yang terlibat.

Kementerian Pendidikan negara berkenaan dengan segera memberi reaksi kepada insiden tersebut dan menahan kira-kira 9 orang pelajar untuk siasatan lanjut.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah ketika sekumpulan pelajar daripada Sekolah Menengah Tlakale Mashashane berjalan kaki untuk pulang ke rumah masing-masing setelah tamat waktu persekolahan.

Mengikut laporan Dailymail, dipercayai sekurang-kurangnya seorang pelajar telah mengalami kecederaan parah akibat dalam pergaduhan tersebut.

Jurucakap kementerian, Sam Makondo berkata, pihaknya ketika ini sedang melakukan siasatan untuk menentukan bagaimana senjata tersebut diperolehi dan kemungkinan senjata berkenaan diseludup masuk ke kawasan sekolah.

”Akan ada satu sesi pendengaran untuk membincangkan insiden keganasan ini. Ia berlaku di dalam satu kawasan komuniti di luar sekolah, bagaimanapun ketika kejadian mereka masih memakai uniform sekolah,” katanya.

”Akta Sekolah Afrika Selatan secara jelas mengahalang pelajar daripada membawa masuk senjata ke kawasan sekolah. Para pelajar berhak untuk merasa selamat ketika berada di dalam dan diluar sekolah.

”Kami memandang serius perkara ini dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang insiden keganasa tidak kira berlaku di dalam kawasan sekolah atau sebaliknya,” katanya lagi.

Insiden keganasan berdarah melibatkan pelajar bukanlah satu perkara asing di Afrika Selatan. Kira-kira sebulan yang lalu, seorang guru Matematik mati ditikam oleh seorang pelajar yang tidak puas hati dengan mangsa.

Mayat mangsa, Gadimang Mkolobate, 24, yang ditikam oleh pelajarnya berusia 17 tahun ditemui di wilayah barat laut manakala suspek ditahan dibawah tuduhan melakukan jenayah bunuh.

Dalam tempoh masa yang sama, seorang pelajar 15 tahun juga ditahan pihak berkuasa atas kesalahan mengugut gurunya sendiri dengan senjata api dipercayai tidak berpuas hati dimarahi.

Manakala awal minggu ini, pihak polis bertungkus lumus menyuraikan satu rusuhan yang digerakkan oleh kumpulan pelajar di Sekolah Menengah Senior Ndaliso akibat tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan mereka.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.