Siakap Keli

(Video)16 Buah Kereta Polis Terpaksa Kejar Remaja ‘Pandu Uji’ Lori Hino

Akhbar tempatan melaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan pihak polis selepas dikejar 16 buah kereta peronda dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru petang semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, anggota polis yang meronda mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan berbahaya dan mencurigakan, kira-kira pukul 4 petang.

Gambar : JB Traffic Report

Ketika anggotanya cuba menahan lori berkenaan, remaja tersebut bertindak melarikan diri walaupun ketika itu sudah dikepung empat buah MPV polis daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan 12 buah MPV daripada 12 MPV dari IPD Seri Alam.

Akibatnya pihak polis terpaksa mengejar lori berkenaan kira-kira 30 minit membabitkan jarak kira-kira 45 kilometer sebelum berjaya ditahan.

Sebelum itu, remaja berkenaan telah bertindak merempuh merempuh MPV jenis Proton Preve dan Proton Inspira ketika proses mengejar di Lebuhraya Pasir Gudang memasuki persimpangan susur keluar Plentong.

Pihak polis kemudian bertindak melepaskan tiga das tembakan ke udara sebagai tanda amaran, namun tidak diendahkan oleh remaja berkenaan. Lori itu hanya berjaya dihentikan hasil bantuan lori daripada orang awam lain ketika berada dijalan Angkasa Mas 3.

Bagaimanapun, sebelum berjaya ditahan, berlaku pergelutan antara polis dengan remaja berkenaan yang cuba melarikan diri. Remaja tersebut dilaporkan mengalami sedikit kecederaan akibat bergelut dengan pihak berkuasa.

Siatan awal polis memberitahu bahawa remaja itu mengaku bahawa dia sekadar memandu uji lori berkenaan dan bertindak demikian selepas melihat kunci ditinggalkan pada lori tersebut. Dia juga mengaku sebelum ini pernah menjadi kelindan lori kepada pakciknya.

Gambar : JB Traffic Report

Remaja berkenaan juga dikatakan sudah tidak bersekolah namun siasatan polis mendapati bahawa remaja berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.