Siakap Keli
Gambar Hiasan

Angkara Percaya Rakan Sendiri, Isteri Jadi Mangsa Rogol 5 Lelaki Dalam Kereta

Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitulah perumpamaan bagi lima lelaki yang tergamak merogol seorang wanita yang juga kenalan mereka dalam kereta yang sedang bergerak.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Nalbari, daerah Assam, Inida pada petang rabu lalu.

Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa bersama suaminya sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan dapur di Nathkuchi.

Secara tiba-tiba, tiga suspek yang dikenali pasangan itu menghampiri mereka dan menawarkan bantuan untuk menghantar wanita itu pulang ke rumah.

Tanpa rasa curiga, suami mangsa menyambut pertolongan itu dan dia pulang ke rumah menaiki basikal.

”Berdasarkan siasatan, ketiga-tiga suspek mengambil kesempatan merogol mangsa ketika melalui kawasan sunyi.

”Suspek kemudian menghubungi dua lagi rakan mereka yang berada berdekatan dan sekali lagi mangsa dirogol dalam kereta yang sedang bergerak,” kata jurucakap polis Shiladitya Chetia.

Difahamkan, selepas dirogol mangsa ditinggalkan dalam keadaan tangan dan kaki diikat di sebuah hutan di daerah Karkabari. Mangsa diselamatkan oleh beberapa penduduk yang kemudiannya melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa.

Gambar : NDTV

Dua suspek telah ditahan dan polis masih mencari tiga lagi baki suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan dalam waktu terdekat.

Pada Ogos lalu, insiden serupa berlaku di Nagaon. Mangsa dirogol secara berkumpulan oleh empat lelaki dalam kereta yang sedang bergerak kemudiannya ditinggalkan di kawasan lebuh raya.

Sumber : NDTV

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di