Siakap Keli

Bila Dapat Kunci Rumah Jangan Teruja Dulu, Ini 8 Semakkan Segera Anda Perlu Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tipulah, kalau kalau korang kata tak pernah ada impian untuk memiliki rumah sendiri. Bak kata pepatah ‘rumahku syurgaku’, tinggal di rumah sendiri dan tidak lagi perlu menyewa berkongsi bilik dengan orang asing, adalah satu kepuasan yang tidak boleh dibeli.

apatah lagi, jika sudah berumah tangga dan mempunyai zuriat, sebagai lelaki dan suami terutamanya, kegembiraannya memang lain macam apabila melihat anak dan isteri berteduh di bawah bumbung rumah yang dibeli dengan usaha keras selama ini.

Bila sahaja rumah berjaya dimiliki dan kunci pun sudah berada di tangan, anda simpan dahulu keterujaan anda buat sementara waktu kerana ada perkara yang lebih penting yang perlu anda buat seperti yang disenaraikan oleh Azizul Azli Ahmad ini.

Nak tahu apakah senarai tersebut? Jom baca perkongsiannya di bawah.

BILA DAPAT KUNCI RUMAH?

Bila dapat kunci rumah baru, buat semakkan segera.

1. Bawa Masking Tape Besar

Tandakan mana mana kerosakkan dalam rumah dengan ini. Tulis huruf atau nombor atas masking tape sebagai rujukan dalam borang aduan.

2. Pen Marker Merah

Tulis no guna pen marker ini atas masking tape tadi supaya jelas kontraktor nak datang baiki nanti. Jangan tulis terus atas dinding. Jika nak tulis terus gunakan kapur bewarna, buat bulatan di situ.

3. Bawa Kayu atau Tongkat.

Kepingan ceramik yang kosong jika diketuk akan bunyi kosong. Periksa tiles dalam rumah agar dipasang betul agar tidak pecah dimasa depan.

Jika bunyi kosong minta di pasang semula, jika kita tak buat aduan sekarang. Tiles yang sama warna tidak akan ada dimasa depan jika pecah.

4. Bawa Kamera Ambil Gambar

Bagi semua tempat yang tanda tadi ambil gambar, cetak dan kepilkan dalam borang aduan. Ia juga sebagai rujukan kita sama ada pemaju baiki atau belum.

5. Tangga Besi.

Jika kecatatan itu tinggi guna tangga untuk panjat dan tandakan.

6. Pita Ukur.

Ukur kembali secara rawak ketinggian dan keluasan bukaan. Pernah pemaju bayar ganti rugi rumah dalam perjanjian 20’x70′ , tetapi lepas ukur kediaman hanya 18’7″ bukaan sahaja.

7. Bawa Lampu Suluh.

Ada ruang gelap untuk kita masuk dan periksa kerana kita belum pasang lampu lagi.

8. Baldi Air.

Buat ujian pergerakkan air dalam kamar mandi, pastikan air bergerak kelubang air dan tidak membentuk takungan ditempat lain. Isi air penuh baldi dan simbah sahaja.

Mulakan masuk rumah dengan bacaan bismillah dan lebih baik jika kita boleh berdiri diruang tamu dan azan menghadap kiblat kali pertama masuk rumah kita.

Share Jika Bermanfaat

Azizul Azli Ahmad

#LelakiSeksiAdaRumahSendiri
#RujukFotoDanBorangSayaSertakan.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.