Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan hari ini memutuskan pengurniaan darjah kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik dalam kenyataan di sini berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.
“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata Razali.
Sumber : Bernama