Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Keji, Nenek Usia 100 Tahun Pun Jadi Mangsa Rogol Lelaki

Keji. Begitu apa yang boleh digambarkan mengenai perbuatan seorang pemuda yang tergamak merogol nenek berusia 100 tahun dalam satu kejadian yang mencetuskan kemarahan ramai di Bengal Barat isnin lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas jiran mangsa terdengar jeritan nenek berkenaan dan bergegas menangkap pemuda tersebut di kediaman warga emas itu di daerah Nadia.

Gambar : Mirror UK

Sebaik sahaja polis tiba, mereka mendapati Abhijit, 20, sedang bersembunyi di bawah katil. Warga emas tersebut kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana berada dalam keadaan lemah. Namun, dia dilaporkan stabil.

Gambar : Mirror UK

Pemuda itu kini direman 14 hari dan sedang menunggu pendengaran kes kali kedua di mahkamah. Sebelum ini, dia memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa beliau tidak menyedari perbuatannya kerana mabuk.

Ujarnya lagi, ini kali pertama dia melakukan perbuatan sedemikian rupa.

Sumber : Indian Express

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.