Siakap Keli

Paskal Terus Catat Sejarah, Jadi Filem Tempatan Terima Penarafan Tertinggi Daripada IMDb

Filem aksi bercorak ketenteraan yang diinspirasikan daripada kisah sebenar, Paskal The Movie berjaya mencipta sejarah baru dalam industri perfileman tanah air apabila menjadi filem tempatan pertama yang meraih penrafan tertinggi daripada Internet Movie Database.com (IMDb).

Filem arahan pengarah muda, Adrian Teh yang menampilkan barisan pelakon mantap tanah air antaranya Hairul Azreen sebagai teraju utama, Ammar Alfian, Hafizul Kamal dan ramai lagi menerima penarafan 8.4 daripada 10 mata, sekaligus bukan sahaja tertinggi untuk tahun 2018, tetapi setakat ini dalam sejarah filem tanah air, mengikut laporan media tempatan.

Bagaimanapun, semakkan kami di platform IMDb sendiri, rating terkini filem Paskal adalah 8.8.

Sebelum ini, dua filem arahan Seniman lagenda tanah air, Tan Sri P. Ramlee iaitu Tiga Bdul dan Do Re Mi menjadi filem yang menerima penarafan tertinggi daripada IMDb iaitu 8.0 dan 8.1.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh akaun rasmi Instagram Paskal The Movie.

Terdahulu, filem ini sudahpun berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM 26.1 juta setelah bersiaran selama 28 hari. Filem ini mengisahkan misi-misi sulit lagi berbahaya yang dilaksanakan oleh sekumpulan anggota Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (Paskal TLDM).

Selain membawa kisah kejayaan pasukan elit negara di misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), filem ini juga turut mengangkat ke layar perak kejayaan pasukan berkenaan menumpaskan lanun Somalia dalam insiden rampasan kapal dagang, MT Bunga Laurel yang menggemparkan dunia pada 2011.

Tahniah Paskal The Movie.

Sumber : IG Paskal The Movie

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.