Siakap Keli

(Video) Sinead O’Connor, Penyanyi Terkenal Ireland Kongsi Kegembiraan Peluk Islam

Sinead O’Connor, penyanyi popular kelahiran Ireland dilaporkan telah memeluk Islam, melalui satu tweetnya di Twitter. Dia turut memaklumkan sudahpun menukar nama kepada Shuhada’ Davitt.

Perkembangan terbaru penyanyi tersebut yang sebelum ini pernah menjadi paderi Kristian Khatolik pada tahun 1990 turut dilaporkan oleh beberapa buah portal berita terkemuka dunia, termasuklah Dailymail.

”Saya dengan ini berbangga untuk memaklumkan bahawa saya sudah menjadi seorang Muslim. Ia adalah perkara normal untuk semua manusia yang mengembara mencari agama yang benar.

”Segala kajian terhadap buku-buku agama hanya akan membawa kepada Islam. Justeru, menafikan semua naskah agama-agama yang lain. Saya diberi nama baru, Shuhada,” kata tweetnya.

Shuhada juga memaklumkan dia kali pertama diberikan tudung oleh rakannya Elaine dan merasa menggeletar seluruh badan saat mengenakan pada kepalanya.

Di turut berkongsi satu rakaman di twitter di mana dia mencuba untuk melaungkan azan buat kali pertama. Bagaimanapun, dia memohon maaf kerana sebutannya yang tidak berapa tepat.

”Saya mohon maaf di atas kesilapan semasa saya melaungkan azan, percubaan pertama kali. Selepas saya berlatih 30 kali, saya berjanji untuk membuat dunia terpegun,” katanya.

Sejak berkongsi berita tersebut, Shuhada memaklumkan bahawa dia menerima pesanan tanpa henti daripada rakan-rakan Muslim yang mengucapkan tahniah kepadanya.

”Terima kasih banyak-banyak kepada semua saudara seislam yang menyambut saya dengan penuh kebaikkan sebagai sebahagian daripada Ummah.

”Anda tidak akan tahu betapa kebaikkan anda semua begitu bermakna kepada saya,” katanya.

Shuhada yang kini sudah berusia 51 tahun, pernah popular dengan lagu Nothing Compares 2 U dan mengeluarkan 10 album solo lain lagi. Namanya menjadi pujaan sekitar era 80 an selepas melakukan penampilan pertama melalui album The Lion and the Cobra.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.