Siakap Keli

Ambil Pengajaran, Gara-Gara Bulu Mata Palsu, Gadis Cantik Ini Hampir Buta

Mungkin gadis di luar sana boleh mengambil pengajaran dari kisah ini sekiranya ingin mendapatkan rawatan kecantikan. Hampir buta, seorang pelajar di United Kingdom mendakwa dia tidak dapat melihat selama dua jam selepas kelopak matanya tertutup akibat tersalah pasang bulu mata palsu.

Megan Rixson dalam media sosialnya menggesa pengikutnya supaya amat berhati-hati apabila memasang bulu mata palsu mereka.

Pelajar kriminologi di Universiti Bedfordshire, England itu memuat naik video di akaun Twitternya, menunjukkan kerosakan akibat gam yang digunakan pada matanya ketika itu.

Megan, 20, menerima ‘rawatan’ pada Jumaat lalu di sebuah kedai di Luton, Bedfordshire.

Menerusi keterangan video, dia berkata: “Gadis-gadis semua sila amat berhati-hati bila anda nak pakai bulu mata palsu!

“Saya melakukannya pada hari ini dan mereka menggunakan gam kuku pada bulu mata saya. Saya kehilangan pandangan selama dua jam.

“Syukurlah, kesan bengkak dah berkurangan, tetapi masih rasa sangkit yang amat sangat,” katanya.

Menerusi video itu, Megan turut memberitahu air mata yang dilihat itu bukan disebabkan dia menangis tetapi kerana matanya sentiasa berair setelah mendapatkan rawatan tersebut.

Malah dia menunjukkan mata di sebelah kanannya terasa panas dan mendedahkan mata sebelah kirinya sukar untuk dibuka. Megan kemudian berkata, semua pandangannya begitu kabur.

Vidoo yang baru dimuat naik jumaat lalu menjadi viral di media sosial dan kini telah ditonton setengah juta kali dan menerima retweet lebih 1,500 kali.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.