Siakap Keli
Gambar : Bernama

Sertai Bersatu, Tok Pa Tak Ditawar Jawatan Dalam Parti Dan Kerajaan

Bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli.

“Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sumber selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu bahagian Tanah Merah  di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua Bersatu bahagian Tanah Merah Bahari Mohd Nor.

Ditanya adakah Bersatu akan menerima mana-mana pemimpin daripada UMNO untuk menyertai parti itu, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan pemimpin terbabit.

“Pemimpin lain boleh maklumkan untuk menyertai Bersatu tapi kita akan tapis dahulu kerana kita nak pemimpin yang betul-betul bersih sahaja.

“Setakat hari ini Tok Pa (Mustapa) dilihat sebagai tokoh yang bersih, dihormati dan disegani,” katanya.

Malam tadi  Mustapa menyerahkan borang keanggotaannya secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di