Siakap Keli

(Video) Najib Hilang Sabar, Hampir Tinggalkan Set Ketika Temuramah Bersama Al Jazeera

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengawal perasaan sepanjang pertemuannya dengan media antarabangsa terkemuka, Al Jazeera semalam.

Kejadian berlaku apabila wartawan, Mary Ann Jolley yang menemubual beliau bertanyakan soalan berkaitan Altantuya, berlian merah jambu dan dana RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini.

Beliau dilihat gagal untuk berlagak tenang sepanjang 25 minit temu bual program 101 East selain cuba mempertahankan dirinya tidak bersalah berhubung kes penyelewangan dana 1MDB.

Berang diasak berulang kali sepanjang sesi soal jawab sehingga terpaksa ditenangkan pegawainya, Najib turut mengakui secara terbuka tidak menyesal ‘menghalau’ wartawan tersebut pada tahun 2015 lalu.

Video Penuh Wawancara Program 101East

Nur Farra