Sekurang-kurangnya 14 orang kanak-kanak cedera teruk selepas seorang wanita bersenjatakan sebilah pisau menyerang sebuah tadika di China, semalam.
Dalam kejaidan yang berlaku di Chongqing, Bandar Banan itu polis berkata, kesemua mangsa diserang oleh suspek ketika berjalan kaki untuk kembali semula ke tadika selepas selesai menjalani senaman di taman berdekatan, kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan.
Malah, satu rakaman ketika kejadian tersebut berlaku turut tersebar di media sosial dimana beberapa orang kanak-kanak dilihat menangis sambil berlaku pendarahan di beberapa bahagian muka.
Suspek yang berusia 39 tahun kemudian berjaya diberkas oleh pengawal keselamatan dengan bantuan staf daripada tadika berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Melalui rakaman yang tersebar itu uuga, orang awam yang berada di lokasi kejadian kelihatan berang dan mengugut mahu memukul wanita itu yang sudah berjaya ditahan.
Kejadian berkenaan nyata memberi kejutan kepada penduduk bandar berkenaan yang didiami sekitar 30 juta orang, kata salah seorang penduduk tempatan, Xia Yang.
Ujar Yang lagi, tadika berkenaan tidak mempunyai fasiliti luar untuk melakukan sebarang aktiviti dan menjadi kebiasaan untuk pelajar-pelajar berkenaan menggunakan kemudahan taman awam di kawasan berdekatan.
”Kejadian ini berlaku ketika kanak-kanak berkenaan ingin kembali semula ke tadika. Penyerang dilihat berlari menuju ke arah kanak-kanak tersebut dan mula menyerang mereka. Gurunya tidak mampu berbuat apa-apa,” kata saksi di tempat kejadian.
Satu lagi video yang tular menunjukkan lokasi di sebuah hospital di mana mangsa-mangsa di bawa untuk menerima rawatan. Beberapa orang dewasa dipercayai waris kepada kanak-kanak tersebut dilihat menangis.
Insiden berkenaan turut menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kemampuan pihak berkuasa untuk menjaga ketenteraman awam. Sebelum ini, China juga dipalit dengan skandal ubat tiruan melibatkan kanak-kanak.
”Ia amat menakutkan. Ubat tidak selamat, makanan tidak selamat dan kini, tahap keselamatan awam pun bermasalah,” kata Zhang Jing.
Sehingga kini, pihak polis tidak memaklumkan motif serangan tersebut dan dipercayai siasatan masih lagi dijalankan.
Kejadian semalam bukan kali pertama serangan terhadap pelajar di China berlaku. April lalu, sembilan pelajar sekolah menengah di Shaanxi, maut ditikam oleh seorang lelaki.
Pada 2017, 11 orang pelajar tadika cedera apabila seorang lelaki bersenjatakan pisau memanjat sebuah bangunan tadika dan menceroboh masuk sebelum melakukan serangan berdarah.
A woman in China went on a stabbing spree in a kindergarten, hurting young children who were out on the playground. https://t.co/dA2EfQB6n4 pic.twitter.com/y83PTLVXXT
— SCMP News (@SCMPNews) October 26, 2018
Sumber : CNN