Siakap Keli

Pemilik Kelab Leicester City Dan Anak Perempuannya Disahkan Antara Lima Orang Berada Dalam Helikopter Meletup

Vichai Srivaddhanaprabha, Pengerusi dan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Leicerster City disahkan antara penumpang yang menaiki sebuah helikopter yang terhempas berdekatan Stadium King Power semalam.

Media antarabangsa juga menyebut bahawa anak perempuan Vichai, dua orang juruterbang dan seorang lagi individu yang tidak disahkan identitinya adalah antara mereka terlibat dalam kemalangan itu.

Tiada maklumat lanjut mengenai situasi kesemua mangsa bagaimanapun media menjangkakan kemungkinan tiada mangsa yang selamat berdasarkan gambar-gambar lokasi kemalangan yang tersebar.

Selain itu, media juga ketika ini masih menanti hasil siasatan pihak berkuasa dan tidak dapat mengesahkan punca kejadian. Helikopter yang terlibat merupakan milik kepada jutawan kelahiran Thailand itu.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh wakil kelab mahupun ahli keluarga kepada ahli perniagaan berkenaan.

Satu-satunya kenyataan yang dikeluarkan ketika ini adalah tweet oleh jurucakap kelab yang dipinned di twitter rasmi kelab tersebut.

Melalui tweet berkenaan, jurucakap memaklumkan pihak kelab akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang menyiasat tragedi tersebut.

Menurut saksi, mereka melihat helikopter berkenaan sempat terbang kira-kira ketinggian bumbung stadium sebelum hilang kawalan dan terhempas ke bumi.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku kira-kira 45 minit selepas tamat perlawanan antara kelab miliknya dengan West Ham yang berkesudahan seri 1-1.

Menurut Forbes, Vichai merupakan individu kelima terkaya di Thailand dengan jumlah aset bernilai USD 4.9 bilion.

Namanya menjadi sebutan apabila kelab yang baru dimiliki, Leicerster City pada 2016 mengejutkan dunia apabila menjulang trofi EPL yang merupakan trofi EPL sulung kelab, sekaligus menafikan kehebatan kelab-kelab yang lain seperti Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Mancerster City.

Leicerster dijadualkan akan bertemu Southampton pada Selasa, bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada perlawanan berkenaan diteruskan atau sebaliknya.

Sumber : Al – Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.