Siakap Keli

(Video) Main Culik-Culik, Penggal Kepala Dan Acu Pistol, Aksi Kanak-Kanak Ini Dikritik Netizen

Tiga orang kanak-kanak lelaki berpura-pura menculik dan memenggal kepala kanak-kanak perempuan dengan senjata api palsu dalam satu permainan yang sempat dirakam dan tular di media sosial.

Rakaman itu dipercayai diambil di Acapulco, Mexico, menyaksikan anak-anak muda tersebut melakonkan aksi culik dan penggal kepala di tepi jalan raya.

Kanak-kanak lelaki itu dilihat bermain dengan dua kanak-kanak perempuan yang kedua belah tangannya seolah-olah diikat sambil terduduk di lantai.

Salah seorang daripada 3 orang kanak-kanak lelaki itu kemudian menarik salah seorang ‘mangsa’ ke lokasi berlainan sambil mengacukan pistol di kepalanya.

Kedua-dua kanak-kanak perempuan itu juga menunjukkan ada sesuatu di mulut mereka ketika mereka dibawa ke meja berhampiran.  Kemudian, masing-masing membongkok muka ke atas meja dan kanak-kanak lelaki berpura-pura memenggal kepala mereka dengan tangan.

Klip video ini telah dikongsi oleh media tempatan dan netizen rata-rata mengkritik ibu bapa anak-anak terbabit kerana membenarkan mereka bermain permainan yang ganas dan tidak sesuai.

Acapulco  adalah salah satu daripada bandar paling berbahaya di dunia dan sedang mengalami gelombang keganasan.


Sumber: DailyMail

Nur Farra