Siakap Keli

(Video) Penumpang ‘Sakit’ Buka Pintu Kecemasan Hampir Kena Sedut Enjin Kapal Terbang

Seorang penumpang pesawat hampir tersedut ke dalam enjin selepas cuba membuka pintu kecemasan kerana terdesak untuk keluar.

Kejadian berlaku di pesawat Frontier Airlines ketika pesawat berada di atas landasan di Cancun, Mexico.

Walau bagaimanapun, penumpang tersebut sempat dihalang kru penerbangan selepas menyedari gelongsor kecemasan tiba-tiba keluar daripada pintu pesawat.

Rakaman video insiden tersebut diambil yang sedang membuat pelepasan ke St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Ditanya berhubung tindakannya, media melaporkan bahawa penumpang tersebut ‘sakit’ dan terdesak mahu keluar daripada pesawat.  Polis tiba di tempat kejadian membawanya keluar dari pesawat sebelum menghantar ke hospital.

Ibu suspek ketika dihubungi mendakwa anaknya mungkin mengambil minuman keras bercampur dadah.

Syarikat penerbangan terbabit terpaksa menunda penerbangan serta penumpang di pindahkan kepada penerbangan lain dan sebahagiannya terpaksa bermalam di lapangan terbang sebelum meneruskan penerbangan.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra