Siakap Keli

Terkini: Enam Mayat Korban Pesawat Lion Air Tiba Di Pelabuhan Tanjung Priok

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) telah menemui 6 mangsa korban pesawat terhempas Lion Air dan berjaya dibawa ke Pelabuhan Tanjung Riok.

Kenam-enam mayat dievakuasi dari perairan tempat korban jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 Jakarta – Pangkal Pinang.

Berdasarkan laporan media tempatan, kesemua mayat dihantar menggunakan 2 buah kapal Rigid Inflatable sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.

Sejurus tiba di pelabuhan, mayat dibawa ke Hospital Kramat Jati, Jakarta Timur.

Nur Farra