Siakap Keli

(Video) 2 Jam Hujan Tanpa Henti, Lapangan Terbang Pulau Pinang Dipenuhi Air

Tular di media sosial malam tadi dengan satu rakaman video menyaksikan keadaan banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas disebabkan oleh hujan lebat sejak jam 8 pagi (Ahad) hingga 10 pagi.

Air dapat dilihat memenuhi ruang menunggu bagi pelepasan pesawat sehingga ada diantara mereka terpaksa menanggalkan kasut.

Menurut laporan seramai 28 orang penumpang terpaksa berjalan dalam air untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Subang.

Hujan lebat itu menyebabkan air naik sehingga paras lutut dan memenuhi ruang lapangan terbang.

Sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada tahun lepas sehingga menelan belanja sebanyak RM250 juta bagi penambahbaikan sistem saliran baru.

Nur Farra