Siakap Keli

Virus Difteria Boleh Membawa Maut, Mengapa Ia Sangat Berbahaya? Baca Penjelasan Dari Doktor Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang kematian seorang kanak-kanak berusia 14 bulan yang disyakit akibat jangkitan difteria di Johor Bahru.

Bagi yang belum pasti, penyakit difteria, adalah jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan sakit tekak dengan selaput di dalam tekak atau kerongkong dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan    melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

Entri kali ini akan berkongsi penerangan dari Dr Ezairy M.Sallih tentang mengapa penyakit difteria ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut untuk menambah serba sedikit ilmu pengetahuan tentang virus ini.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Difteria adalah jangkitan bakteria yang serius yang menjejaskan membran mukus tekak dan hidung. Walaupun ia mudah tersebar dari seseorang ke individu lain, jangkitan ini dapat dicegah melalui penggunaan vaksin. Ya, vaksin!

Apa penyebab difteria?

Sejenis bakteria dipanggil Corynebacterium diphtheriae menyebabkan berlakunya jangkitan diphtheria. Keadaan ini biasanya tersebar melalui jangkitan antara orang terdekat atau melalui sentuhan dengan objek yang mempunyai bakteria pada mereka, seperti cawan atau tisu yang digunakan.

Anda juga boleh mendapatkan difteria jika anda berada di sekitar orang yang dijangkiti ketika bersin, batuk, atau menghembus hidungnya.

 Siapa berisiko untuk mendapat jangkitan ini?

Orang ramai juga lebih berisiko untuk mendapat jangkitan difteria jika mereka:

1. tidak up to date mengenai vaksin mereka
2. melawat negara yang tidak menyediakan imunisasi
3. mempunyai gangguan sistem imun, seperti AIDS
4. hidup dalam keadaan atau kediaman yang sesak

Apakah gejala dan simptom pesakit difteria?

Simptom yang paling ketara dan biasa dialami ialah adalah salutan tebal, kelabu pada tekak dan tonsil. Gejala-gejala umum yang lain termasuk:

1. demam menggigil
2. kelenjar bengkak di leher
3. batuk yang kuat
4. sakit tekak
5. kulit kebiruan
6. air liur meleleh
7. Untuk kes yang lebih teruk, pesakit mungkin akan alami gejala tambahan seperti kesukaran bernafas atau menelan, perubahan dalam penglihatan dan percakapan yang tidak jelas

Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda dan ahli keluarga anda alami gejala seperti ini.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di