Siakap Keli
Gambar : Kompas.com/Kristianto Purnomo

24 Mayat Sudah Ditemukan, Namun Bangkai Lion Air Masih Gagal Ditemui Setakat Pagi Ini

Oleh : Mohd Shukri Ishak

Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang semalam masih gagal ditemui setakat 9 pagi ini.

Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji  berkata sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu.

“Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat, serta barang-barang milik penumpang,” katanya.

Bambang berkata mayat-mayat yang ditemukan itu dalam keadaan tidak sempurna dan telah dihantar ke hospital untuk proses mengenal pasti identiti, dan pihaknya beranggapan semua penumpang dan anak kapal  pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Presiden Indonesia Joko Widodo semalam telah mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan 24 jam.

Penerbangan  JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi semalam.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat  S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang yang sepatutunya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat.

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di