Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kanak-Kanak Perempuan Boleh Terkena Keputihan Akibat Jangkitan Kuman, Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa harus memastikan penjagaan kesihatan yang rapi untuk bayi dan kanak-kanak perempuan itu sangat penting kerana untuk keselesaan khususnya pada alat sulit mereka. Jangan biarkan perkara yang tidak ingini berlaku pada anak perempuan anda.

Salah satu perkara yang patut dijaga ialah keputihan. Keputihan tidak semestinya berlaku kepada wanita dewasa malah berlaku juga kepada kanak-kanak perempuan atas sebab-sebab tertentu.

Mari kita ikuti penjelasan daripada seorang yang mahir dalam bidang kesihatan ini.

Kanak-kanak boleh kena keputihan tapi bukanlah sebab masalah hormon tetapi kerana jangkitan kulat, bakteria atau parasit.

Boleh juga jadi kerana ada kanak-kanak ni gemar masukkan objek di kemaluan mereka. Ini pun boleh jadi penyumbang kepada jangkitan untuk berlaku. Sebab bila dia masukkan benda asing, tak dibersihkan, jadi radang, jadi akan sebabkan jangkitan.

Jangkitan pada kemaluan kanak-kanak juga dikenali sebagai vulvovaginitis iaitu keradangan yang melibatkan bahagian kulit di kawasan kemaluan kanak-kanak perempuan.

Simptom-simptomnya adalah:

1. Gatal
2. Pedih
3. Boleh mengalami lelehan berbau dari faraj

** Penderaan seksual juga merupakan salah satu punca vulvovaginitis.

Apa perlu anda buat?

1. Bawa jumpa doktor jika keputihan si anak amat membimbangkan seperti berbau, warna discaj yang kehijauan dan pekat serta anak mengadu sukar tidur sebab gatal yang teramat.

2. Kenalpasti atau ajar anak-anak cara untuk cuci kemaluannya. Dari depan kebelakang bukannya dari belakang (anus) kedepan. Ini nak elak normal flora pada usus yang keluar bersama najis (Ecoli) dari menjangkiti vagina si anak.

3. Tak perlu sapu bedak di kemaluan anak beria sangat. Bedak ni benda asing, banyak sangat boleh sebabkan sedimen dia tu masuk melalui liang pada faraj. Kalau anak alahan, lagi naya.

4. Pampers atau panties basah kena urin. Cepat bersihkan. Boleh jadi penyumbang kepada jangkitan juga.

5. Pakaikan anak panties serap peluh supaya bila anak berpeluh, kuman tak terperangkap pada panties dan boleh akibatkan kelembapan yang boleh jadi sumber jangkitan.

6. Elak pakaikan pampers atau panties terlalu ketat sampai tak boleh nak bernafas.

7. Elak guna sabun atau syampu terlalu banyak pada kemaluan si anak.

 

Tidak ada doktor akan bagi konsultasi pasal ubat di sosial media.

Tak perlu nak tanya atau pm tepi hal begini. Pergi jumpa doktor.

Jangan sewenang-wenang percaya sesiapa yang minta anda share apa2 terutama hal alat sulit anak anda.

Jadi ibu bapa yang alert tentang hal ini.

Notakaki:
Jadi ibu bapa kena bijak. Jangan mudah kena kencing pada si kaki kencing.

Sumber : BelNawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang