Siakap Keli
Gambar : Bernama

Ramai Lagi Pegawai Kerajaan Sebelum Ini Akan Dihadapkan Ke Mahkamah – Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa ramai lagi pegawai kerajaan dari pentadbiran sebelum ini akan berhadapan  tindakan undang-undang kerana rasuah.

“Sudah enam bulan (sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya); kami dalam proses menyusun semula kerajaan, Sebenarnya, secara amalan, mewujudkan kerajaan baru. Sudah tentu, kita memerlukan para pegawai yang berpengalaman; namun, sesetengah pegawai yang berpengalaman  didapati melakukan rasuah dan sesetengah mereka telah pun didakwa atas kesalahan rasuah.

“Tetapi masih ada ramai lagi. Sebaik kita mendapat bukti, kita akan bertindak terhadap mereka  namun buat masa sekarang, kita mempunyai tugas yang diperlukan untuk memerintah negara ini, kita tidak boleh hanya tertumpu kepada rasuah sahaja,” katanya kepada sumber pada persidangan akhbar selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah di sini.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa sesetengah pegawai kanan kerajaan yang terlibat itu akan dikekalkan buat sementara waktu memandangkan perkhidmatan mereka masih diperlukan bagi membantu kerajaan  tetapi sebaik sahaja tugas itu selesai mereka akan diberhentikan.

Baharu-baharu ini, sejumlah pegawai kerajaan didakwa kerana rasuah dan pecah amanah termasuk bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua  Pertubuhan Risikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Ab Hamid.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.