Siakap Keli
Gambar Hiasan

Setiap Wanita Perlu Kenal Lebih Rapat Dengan ‘Adenomiosis’, Ini Sebabnya

Ramai golongan wanita tidak tahu tentang penyakit adenomiosis menyebabkan tisu endometrium dari rongga endometrius uterus tumbuh dalam otot rahim yang merosakkan dinding rahim. Adenomiosis boleh menyebabkan kekejangan haid, tekanan perut rendah dan kembung sebelum haid dan boleh menyebabkan tempoh yang lama.

Walaupun adenomiosis dianggap keadaan yang tidak berbahaya (tidak mengundang kematian) kesakitan yang kerap dan pendarahan yang kritikal akan memberi impak negatif kepada kualiti hidup wanita. Penyakit ini boleh menyebabkan seseorang wanita sukar hamil dan jika hamil akan mudah gugur.

Tidak ada kepastian mengenai punca penyakit ini tetapi mempunyai beberapa faktor penyumbang termasuklah genetik, ketidakseimbangan hormon dan gangguan pada tisu rahim sejak lahir. Adenomiosis ini bergantung kepada estrogen yang beredar dalam tubuh wanita. Apabila tahap estrogen berlaku menurunan, sebagai contoh sudah menopous simptom adenomiosis akan terhenti.

Tanda-tanda seseorang wanita mengalami adenomiosis ialah:

  • Haid yang berpanjangan termasuklah pembekuan darah
  • Kekejangan atau kesakitan yang teruk
  • Keradangan rahim
  • Sakit dipinggul atau perut
  • Sakit semasa bersetubuhan
  • Kekurangan sel darah atau hemoglobin

Terdapat faktor yang menyebabkan wanita lebih berisiko untuk keadaan seperti ini termasuklah wanita yang berusia 40 hingga 50 tahun sebelum menopause, mempunyai anak dan pernah melakukan pembedahan rahim seperi pembedahan caesar untuk membuang fibrioid.

Jika anda mengalami simptom-simptom untuk mendapat penyakit ini, teruskan berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

 

Sumber:

  1. https://draxe.com/adenomyosis/
  2. https://www.drseckin.com/adenomyosis
  3. https://innovativegyn.com/conditions/adenomyosis/
  4. https://www.webmd.com/women/guide/adenomyosis-symptoms-causes-treatments#
  5. https://www.healthline.com/health/adenomyosis#treatment

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang