Siakap Keli

Video Didakwa Rakaman Saat-Saat Akhir Dalam Pesawat Lion Air Sebelum Terhempas Adalah Palsu

Tersebar di media sosial terutama di platform Instagram dan Twitter sebuah rakaman dalam kokpit pesawat yang didakwa rakaman saat-saaat akhir penumpang pesawat Lion Air sebelum dilaporkan terhempas semalam.

Berdasarkan rakaman berdurasi 45 saat hingga 1 minit tersebut, dapat dilihat suasana panik dan menakutkan yang menyelubungi penumpang-penumpang berkenaan.

Selain itu, rakaman berkenaan juga menunjukkan suasana gelap di dalam kokpit pesawat yang ketika kejadian berada dalam keadaan goncangan yang sangat kuat.

Ramai yang mendakwa bahawa rakaman berkenaan menunjukkan suasana saaat-saat akhir pesawat berkenaan sebelum terhempas dan meragut nyawa semua penumpang.

Bagaimanapun seorang wanita, yang dikenali sebagai Marapi_Singgalang tampil membetulkan fakta dan mengakui rakaman tersebut merupakan video miliknya yang diambil ketika menaiki pesawat Lion Air JT353  dari Padang ke Jakarta.

Ujarnya video berkenaan merupakan satu rakaman peribadi yang membuatkan dirinya merasa trauma untuk menggunakan pengangkutan berkenaan di masa hadapan.

Melalui laporan Kompas, Pelaksana Tugas Kepala Biro Humas Kementerian Komunikasi dan Informatika, Ferdinandus Setu turut mengesahkan video berkenaan BUKAN daripada penerbangan Lion Air yang terhempas semalam.

”Video yang tersebar luas di media sosial berkenaan merupakan rakaman daripada pesawat JT353 saat menghadapi turbulance, kegagalan fungsi enjin dan lain-lain,” katanya.

Tidak disahkan bilakah rakaman berkenaan diambil.

Sumber : Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.