Siakap Keli
NBC News

(Video) Parker Solar Probe Pecah Rekod, Jadi Objek Pertama Ciptaan Manusia Dekati Matahari

Parker Solar Probe, satelit milik NASA dilaporkan berjaya menghampiri matahari pada jarak yang belum pernah dicapai oleh mana-mana alat ciptaan manusia sebelum.

Isnin lalu, Parker direkodkan berjaya mengatasi jarak 42.8 juta kilometer daripada matahari yang dicatakan oleh satelit milik NASA terdahulu, Helio-2 yang dicatatkan pada 1976.

Satelit berkenaan dijangka akan terus terbang menghampiri matahari sehinggalah berjaya menghampiri bahagian corona, iaitu lapisan paling luar atmosfera bintang tersebut, buat kali pertama pada minggu depan.

Jika semuanya berjalan lancar, Parker akan berada pada jarak 24.1 juta km daripada permukaan matahari.

Dalam tempoh tujuh tahun, satelit berkenaan dijangka akan membuat sebanyak 27 percubaan untuk menghampiri matahari sedekat yang mungkin sehingga jarak sekitar 6.1 juta km.

”Baru 78 hari selepas Parker dilancarkan ke angakasa dan kini kita semakin menghampiri bintang kita sendiri, lebih dekat daripada mana-mana objek ciptaan manusia sebelum ini,” kata Pengarah Projek Parker Solar Probe, Andy Driesman.

Lewat Isnin semalam, Parker juga dijangka bakal memecahkan rekod pesawat angkasa paling laju mengembara (relatif kepada matahari) yang juga dicatatkan sebelum ini oleh Helio-2. Kelajuan heliosentrik sebelum ini adalah 246,960 km perjam.

Menjelang 2024, Paker dijangkakan akan mengembara pada kelajuan mencecah 692,017 km perjam.

Projek bernilai RM 6.27 bilion ini dilancarkan dalam usaha untuk membawa manusia bergerak lebih dekat dengan matahari dalam sejarah. Parker juga akan menjadi ciptaan manusia pertama yang akan terbang di lapisan corona matahari. Parker dijangka akan tiba pada bahagian berkenaan November ini.

Bagi menahan haba yang mencecah sehingga 1371.111 celcius, satelit berkenaan dilindungi dengan perisai karbon-komposit setebal 4.5 inci.

Dalam cubaannya untuk menghampiri corona, 7 kali ganda lebih dekat daripada jarak yang dicatatkan oleh Helio-2, Parker akan berhadapan dengan suhu brutal dan juga radiasi tinggi.

Parker akan membuat ‘sentuhan’ awal bermula 31 Oktober ini dan dijangkakan berjaya berada pada titik prehalion matahari pada 5 November.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=eknD3g73wr0] Sumber : Fox News, NBC News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.